Monday, March 19, 2018

[073/2018] MENGENEPIKAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH

[073/2018]
MENGENEPIKAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH

"Tuan, saya dah kena perintah oleh Mahkamah. Macamana nak buat batalkannya"

Penghakiman ada 3 jenis dalam Mahkamah, iaitu:

○ Penghakiman Ingkar;
○ Penghakiman Terus;
○ Penghakiman Melalui Bicara Penuh.

PENGHAKIMAN INGKAR boleh dimasukkan apabila pihak gagal memasukkan Memorandum Kehadiran atau hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dan juga gagal memfailkan Pernyataan Pembelaan sebagaimana arahan Mahkamah.

KETEPIKAN - Perlu failkan Notis Permohonan bersama afidavit sokongan berserta alasan kenapa penghakiman perlu diketepikan. Paling penting, perlu dikemukakan adakah pihak Defendan mempunyai merit ke atas pembelaannya. Dalam erti kata lain, Defendan mempunyai isu bermerit untuk dibicarakan.

PENGHAKIMAN TERUS pula penghakiman yang dipohon oleh Plaintif atas alasan Defendan tiada isu pembelaan yg bermerit atau tiada isu untuk dibicarakan. Manakala Defendan juga boleh memohon agar tuntutan diketepikan sekiranya ada isu yang jelas membolehkan sedemikian i.e tiada kausa tindakan.

KETEPIKAN - Dengan cara permohonan kepada hakim dalam kamar sekiranya keputusan dibuat oleh penolonh kanan pendaftar atau timbalan pendaftar. Kemukakan rayuan kepada mahkamah bidangkuasa rayuan jika diputuskan oleh hakim. (Dahulu dan sekarang)

PENGHAKIMAN MELALUI BICARA PENUH adalah penghakiman yg dibuat setelah ada bicara penuh melalui pemanggilan saksi-saksi serta hujahan kedua pihak.

KETEPIKAN - Perlu failkan rayuan kepada Mahkamah berbidangkuasa rayuan bagi menyemak dan meneliti keputusan mahkamah tersebut.

Tak faham, tanya lagi.

Artikel lain di:
 www.hishamnazir.net
 www.hishamnazir.com
 www.instagram.com/hishamnazirdotcom
 www.twitter.com/hishamnazirco
 www.wasap.my/60139307961
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►