Wednesday, October 26, 2022

[1309.22] KEPENTINGAN KETERANGAN SOKONGAN BAGI KES-KES MELIBATKAN KESALAHAN SEKSUAL



Keterangan-keterangan lain sebagai sokongan kepada keterangan mangsa melibatkan kes-kes kesalahan seksual adalah wajar dan diperlukan memandangkan bagi kes-kes kesalahan seksual, adalah senang membuat tohmahan tetapi sukar dalam membuktikan seperti yang dinyatakan di dalam kes Din v. PP [1964] 1 MLRA 619; [1964] 1 MLJ 300.
Tambahan pula dalam kes yang melibatkan mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak yang menyebabkan terdapat dua keadaan keterangan mangsa seksual itu perlu disokong iaitu pertama sekali, kesalahan itu adalah melibatkan kesalahan seksual dan kedua, mangsa seorang kanak-kanak seperti yang dinyatakan di dalam kes Mohd Yusof Rahmat v. Pendakwa Raya [2009] 1 MLRA 44; [2009] 2 CLJ 673.
Namun, jika kanak-kanak memberikan keterangan di Mahkamah di mana keterangan tersebut adalah keterangan bersumpah setelah inkuiri dijalankan dan saksi tersebut merupakan bukan saksi kanak-kanak yang sangat mentah, maka, keterangan tersebut boleh diterima Mahkamah. Walaupun tanpa inkuiri, keterangan bersumpah masih boleh diterima berdasarkan kepada kes Steven Pangiraja & Ors v. PP [2014] 6 MLRA 75; [2014] 4 CLJ 418 dan kes PP v. Chan Wai Heng [2008] 2 MLRA 52; [2008] 5 MLJ 798; [2008] 5 CLJ 805. Keterangan SP3 boleh menyokong keterangan SP2 kerana SP3 bukanlah pengadu dan mangsa dalam kes ini. Dalam kes-kes seksual, hanya keterangan mangsa yang memerlukan sokongan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►