Friday, November 4, 2022

[1312.22] APA ITU SOALAN MEMIMPIN “LEADING QUESTION”?


Soalan memimpin biasanya soalan yang memerlukan jawapan 'ya' atau 'tidak'. Dalam maksud lain, ianya mencadangkan jawapan yang tertentu dan tersendiri. Definisi soalan utama telah ditakrifkan dalam seksyen 141 Akta Keterangan seperti berikut:-
Apa-apa soalan yang menyarankan jawapan yang hendak atau yang dijangka akan didapati oleh orang yang mengemukakannya atau apa-apa soalan yang menyarankan fakta yang dipertikaikan yang tentangnya saksi itu dikehendaki memberikan keterangan, disebut soalan memimpin.
Prinsip di mana "peguam tidak boleh bertanya soalan memimpin kepada saksi" akan terpakai di dalam pemeriksaan utama dan juga pemeriksaan semula. Ini boleh berdasarkan Seksyen 142 (1) Akta Keterangan 1950
(1) Soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak menentang, ditanya dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran mahkamah.
Rasional soalan utama tidak boleh ditanyakan di dalam pemeriksaan utama dan pemeriksaan semula adalah dimana soalan harus diberikan kepada saksi mengenai fakta-fakta yang berkaitan dan kemudian saksi harus diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjawab soalan itu daripada pengetahuan yang beliau miliki. Jawapannya tidak boleh dicadangkan.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►