Wednesday, March 30, 2022

[1141.22] JAMINAN OKT KES ROGOL


“Kenapa anak saya tidak boleh dijamin keluar?. Lawyer dah buat tapi mahkamah tak bagi”
Sebenarnya kes tersebut boleh dijamin di bawah seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah ke atas kes rogol. Dalam kes-kes jenayah, terdapat 2 jenis pertuduhan jenayah yang mana diklasifikasi sebagai boleh jamin dan tidak boleh jamin. Tetapi isu tidak boleh jamin adalah isu jaminan yang tidak mandatori dn masih menggunapakai seksyen 388 sebagai budibicara Mahkamah untuk membenarkan atau tidak jaminan berkenaaan.
Hak jaminan hanya tidak dibenarkan kepada kes melibatkan hukuman mati. Itupun hak wanita dan orang sakit masih mempunyai ruang dan budibicara untuk dilepaskan dengan jaminan sementara. Manakala kes berkaitan dadah, terdapat peruntukan khusus selain hukuman mati, hukuman minima melebihi 5 tahun penjara tidak dibenarkan jaminan.
Dalam isu kes tidak dibenarkan jaminan oleh Mahkamah asal, hak jaminan dan budibicara Mahkamah masih boleh membenarkan jaminan kecuali mahkamah berpendapat jaminan akan menjejaskan keadilan seperti melarikan diri, tidak hadir mahkamah atau mengganggu saksi/mangsa.
Mahkamah asal boleh mendengar permohonan sama beberapa kali atas alasan mahkamah tidak funtus officio.
Sekiranya permohonan jaminan tidak dibenarkan oleh Mahkamah asal, permohonan jaminan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi melalui Notis Usul melalui peguambela anda bersama Affidavit Sokongan menerangkan kenapa keputusan/dapatan mahkamah asal tersebut adalah salah dan jaminan patut diberikan dan tidak memprejudis kes pertuduhan dan lebih adil untuk jaminan diberikan.
Sekiranya dapatan dan keputusan Mahkamah Tinggi tidak membenarkan jaminan (lagi), permohonan boleh dibuat untuk semakan keputusan kepada Mahkamah Rayuan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja
MOHD HISHAM


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►