Wednesday, March 30, 2022

[1142.22] PENCEROBOHAN TANAH


Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan hak ekslusif kepada seorang pemilik hartanah ke atas Hartanahnya. Hak asasi ini kemudiannya diterjemahkan di dalam Seksyen 340 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) bahawa pihak Pemilik yang berdaftar ke atas Hartanah tesebut tidak boleh disangkal haknya.
Di bawah Seksyen 44(1) KTN juga selanjutnya memberikan hak dan kepentingan eksklusif pemilik Hartanah tersebut untuk menikmati penggunaan hartanah tersebut tanpa boleh diganggu oleh mana mana orang tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang.
Sekiranya terdapat apa jua pencerobohan oleh pihak ketiga hatta dari individu asing dan/atau ahli keluarga sekalipun, undang-undang menetapkan suatu pencerobohan itu sebagai suatu kesalahan di bawah Seksyen 425 KTN yang memperuntukkan Penjara tidak lebih satu (1) tahun atau denda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM 10,000.00).
Pihak Pemilik juga boleh dengan segera melantik mana-mana Peguam yang sesuai untuk Peguam tersebut mengeluarkan suatu Notis dan/atau Notis Tuntutan kepada si Penceroboh agar Penceroboh keluar dari Hartanah tersebut, membayar ganti rugi atas pencerobohan tersebut, menjadikan keadaan Hartanah tersebut dalam keadaan asal sebelum diceroboh dan apa jua kerugian akibat pencerobohan tersebut,.
NOTA: Gambar sekadar hiasan
ZAHIRAH BAHARI


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►