Wednesday, March 30, 2022

[1143.22] POIN HUJAHAN YANG DIBENARKAN


“Memang kehadiran orang itu tidak menjadi isu dan semua orang tahu, kenapa mahkamah tidak mahu terima”
Pendek cerita selepas meneliti kertas kausa, antara alasan kenapa poin yang tidak diterima ialah fakta/dakwaan yang tidak dikemukakan di Mahkamah sebelumnya. Untuk keterangan yang mudah, saya bahagikan antara kes sivil dan jenayah dalam ayat mudah. Antaranya;
KES SIVIL
O Setiap pliding yang diplidkan oleh Plaintif ataupun Defendan adalah fakta penting yang pihak terikat untuk membuktikan plidingnya.
O Poin atau isu yang boleh dibuat hujah dan perbandingan hujah adalah terikat kepada keterangan yang wujud di dalam keterangan kes. Samada keterangan itu dikemukakan secara lisan atau bertulis (pernyataan saksi) ataupun pengemukaan melalui dokumen yang ditandakan sebagai ekshibit.
O Bagi isu permohonan interlokutori, Poin atau isu yang kemukakan melalui afidavit samada dideposkan melalui perkataan dan dokumen yang dilampirkan sebagai ekshibit bersama.
KES JENAYAH
O Hujahan peringkat kes pendakwaan perlu merujuk kepada keterangan lisan dan dokumentari yang ditandakan sebagai ekshibit.
O Hujahan peringkat kes pembelaan perlu merujuk kepada keterangan lisan dan dokumentari yang ditandakan sebagai ekshibit bagi keseluruhan peringkat pendakwaan dan pembelaan.
O isu pembelaan haruslah dikemukakan seawal di peringkat Pendakwaan dan pengemukaan hanya di peringkat Pembelaan boleh diklasifikasi sebagai fikiran terkemudian (afterthought).
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►