Wednesday, March 30, 2022

[1140.22] PESALAH KANAK-KANAK JENAYAH BUNUH


Pesalah kanak-kanak ialah remaja atau kanak-kanak yang dituduh melakukan kesalahan jenayah yang berumur di bawah 18 tahun ketika kejadian. Jika seorang pesalah kanak-kanak didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, pesalah kanak-kanak tersebut tidak boleh dihukum mati tetapi diletakkan dalam tahanan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong. Tempoh tahanan itu pula tertakluk kepada Ahli Lembaga Pelawat yang dilantik khas bagi memantau perkembangan tingkah laku pesalah. seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan golongan itu tidak boleh dihukum gantung sampai mati.
Walaubagaimanapun, sistem hukuman ini mempunyai satu kelemahan iaitu tempoh tahanan bagi hukuman tersebut tidak dapat diketahui dan ditentukan kerana tempoh tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara Ahli Lembaga Pelawat. Tanggungjawap Ahli Lembaga Pelawat adalah untuk menilai pesalah kanak-kanak sepanjang tempoh tahanan, sebelum mereka mencadangkan pembebasan pesalah kanak-kanak kepada Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, pesalah kanak-kanak di bawah 18 tahun adalah tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Mereka tidak boleh dipanggil Orang Kena Tuduh (OKT) dan mahkamah juga apabila ingin memberikan perintah atau menjatuhkan hukuman terhadap pesalah kanak-kanak tidak boleh menggunakan perkataan sabit (didapati bersalah) terhadap pesalah kanak-kanak tersebut bagi kesalahan jenayah yang dilakukan. Seterusnya, kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pesalah kanak-kanak tersebut tidak boleh dikira sebagai rekod jenayah sebagaimana pesalah dewasa melakukan kesalahan jenayah.
.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►