Friday, March 25, 2022

[1133.22] HAK-HAK YANG BOLEH DITUNTUT OLEH WANITA SETELAH BERLAKUNYA PERCERAIAN


Tuntutan Mutaah boleh difailkan oleh bekas isteri yang pernah disetubuhi dalam keadaan perceraian bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami, maka, sejumlah mutaah wajib diberi oleh bekas suami.
Tuntutan Harta Sepencarian adalah difailkan apabila wanita tersebut berpendapat beliau telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung (ie: suri rumah) dalam tempoh perkahwinan. Hak wanita dalam harta benda tersebut adalah bergantung daripada apa yang telah diusahakan (ie: wanita bekerja dan menyumbang bersama-sama dalam tempoh perkahwinan).
Tuntutan Nafkah ‘Iddah boleh difailkan bagi wanita yang telah diceraikan dalam talak rajie dengan syarat, isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir, serta isteri tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman dan isteri tersebut mestilah taat dan patuh kepada suami iaitu isteri tidak nusyuz.
NOTA: Gambar sekadar hiasan

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►