Friday, March 25, 2022

[1132.22] SEKATAN APABILA SESEORANG INDIVIDU DIISYTIHAR MUFLIS/BANKRAP


Apabila seseorang telah diisytihar muflis, anda akan diletak di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI tersebut akan mentadbir segala aset anda dan mengendalikannya bagi melangsaikan hutang. Ini bermakna, selepas anda diisytihar muflis, kesemua aset akan diletakkan dibawah pengendalian KPI dan anda tidak mempunyai kuasa ke atas harta-harta tersebut.
Individu yang diisytihar muflis juga tidak dibenarkan untuk keluar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkamah yang membenarkannya keluar dari negara.
Bukan itu sahaja, akaun bank yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan individu yang diisytihar muflis akan dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. Bukan itu saja, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan kredit lebih daripada RM1,000 dari mana-mana pemiutang.
Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah:
o Peguam
o Juru Ukur
o Akauntan
o Doktor
Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. Jadi sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI untk digunakan untuk membayar hutang.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►