Tuesday, December 28, 2021

[1067.21] KEGANASAN RUMAH TANGGA


Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Pindaan) 2017 telah dikuatkuasakan dan Jenayah keganasan yang dilakukan dalam rumahtangga kian meningkat dan kini merupakan masalah sosial. Isu sosial ini boleh membawa kepada keruntuhan masyarakat sekiranya tidak dibendung. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 adalah satu undang- undang yang memberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dengan memperuntukan beberapa cara penyelesaian.
Dalam akta ini mereka yang berikut boleh membuat aduan jika sesuatu keganasan rumahtangga sedang berlaku kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Polis yang juga bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa.
• Suami/Isteri.
• Bekas suami/isteri.
• Anak lelaki atau anak perempuan.
• Ibu atau bapa, abang, kakak, adik atau,
• Mana-mana saudara lain yang pada pendapat mahkamah adalah seorang anggota keluarga tersebut.
• peguam mangsa itu; atau
• dalam hal jika mangsa itu ialah seorang kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan, penjaga, saudara atau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan itu, atau seorang pegawai kebajikan masyarakat selain pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa.
Keganasan rumahtangga ditakrifkan seperti perlakuan mana-mana perbuatan tersebut:
• Secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan dan kecederaan fizikal.
• Memaksa mangsa dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya yang mangsa itu berhak tidak melakukannya.
• Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
• Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu. dengan cara yang menyalahi undang-undang atau
• Menyebabkan penderaan psikologi yang termasuk kecederaan emosi kepada mangsa.
• Menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lainn tanpa kerelaan itu diperoleh
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►