Friday, December 24, 2021

[1066.21] STATISTIK HUKUMAN MATI DI MALAYSIA SETAKAT TAHUN 2019


Tahukah anda negara Malaysia merupakan antara 56 negara yang masih melaksanakan hukuman mati terhadap tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah? Seperti semua sedia maklum, Malaysia menjalankan hukuman mati adalah melalui cara atau teknik gantung.
Terdapat 32 kesalahan yang membolehkan #Hakim di Mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh, namun, ia bukanlah sesenang itu kerana tertuduh perlulah melalui proses perbicaraan sehingga selesai. Sebanyak 11 kesalahan daripada keseluruhan jumlah 32 kesalahan telah memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Antara kesalahan yang memperuntukkan hukuman #mati MANDATORI adalah kesalahan melibatkan membunuh, aktiviti keganasan dan tebusan sehingga menyebabkan kematian, tembakan senjata api dengan niat membunuh / mencederakan. Kesalahan lain yang boleh dihukum mati pula adalah membunuh, mengedar dadah, menculik, mencemar bekalan dengan niat membunuh, aktiviti keganasan dan melancarkan perang ke atas YDPA.
Setakat 2019, seramai 1122 orang telah menjalani hukuman mati, manakala, 1281 orang masih menunggu pelaksanaan hukuman mati. Namun, perlulah diberi perhatian adalah sebanyak 73% peratus daripada keseluruhan orang yang telah dijatuhi hukuman mati mandatori, adalah merupakan pesalah berkaitan DADAH.
Namun, pesalah dijatuhi hukuman mati masih boleh memohon supaya dikurangkan bentuk hukuman kepada Lembaga #Pengampunan (Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan). Lazimnya, hukuman dikurangkan keppasa penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►