Friday, December 24, 2021

[1065.21] AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA


Sering kita dengar aktiviti berkaitan pemerdangan orang dan/atau penyeledupun migrain di Malaysia. Contohnya, seorang kanak-kanak telah dipaksa untuk bekerja sebagai buruh paksaan atau seorang warganegara India telah dijanjikan pekerjaan sebagai pekerja restoran di Malaysia, namun apabila tiba beliau dipaksa bekerja sebagai buruh binaan tanpa kerelaan.
Terdapat juga keadaan di mana seorang wanita Indonesia yang menjadi pembantu rumah telah dikurung dan tidak dibayar gaji dan diugut akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia jika membuat aduan atau melarikan diri.
Untuk maksud lebih jelas, pemerdagangan orang dan penyeludupan migrain adalah aktiviti yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007).
Aktiviti ini dianggap zalim kerana kebebasan seorang manusia diikat dan tidak bebas untuk melakukan setiap aktiviti mengikut kehendak dan kemahuan sendiri. Selain itu, kehidupan seseorang manusia itu dipaksa tanpa kerelaan dirinya untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau ditindas untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada pekerjaan dilakukan.
Agensi penguatkuasa yang terlibat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 adalah Polis DiRaja Malaysia (Ketua), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►