Jika talaq telah dilafazkan oleh si suami di luar Mahkamah Syariah, isu utama adalah berkisar tentang sama ada talaq yang yang telah dilafaz oleh si suami pada (sekian hari/masa) telah memenuhi rukun talaq dan telah jatuh talaq atau tidak.
Kebiasannya, Hakim akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum satu pengesahan lafaz talaq di luar dan tanpa kebenaran mahkamah disabitkan oleh Mahkamah. Faktor pertama yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah sama ada pengesahan pendaftaran perceraian di Luar Mahkamah yang dinyatakan di dalam Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 telah dipenuhi. Mahkamah juga akan merujuk kepada arahan amalan No.10, Tahun 2007 iaitu berkaitan amalan Pengesahan Lafaz Talaq di Luar dan Tanpa Kebenaran Mahkamah, sebelum mensabitkan lafaz talaq. Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa talak itu telah memenuhi rukun-rukun talaq. Mahkamah juga akan menjalankan penyiasatan melalui keterangan suami dan isteri dan telah memenuhi syarat-syarat talak menurut hukum syarak
NOTA: Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..