Tuesday, December 28, 2021

[1069.21] ADAKAH MAHKAMAH WAJAR MENJATUHKAN HUKUMAN YANG RINGAN BERDASARKAN PENGAKUAN SALAH TERTUDUH?


Pengakuan salah Tertuduh ialah apabila Tertuduh faham jenis dan akibat pengakuannya dan membuat pengakuan salah tanpa syarat (unequivocal). Kemudian, Mahkamah akan merekodkan pengakuan salah Tertuduh, mensabitkan Tertuduh dan menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh tersebut.
Di dalam kes PENDAKWA RAYA lwn. NOR IZZATI ZULKIFLI [2017] MLRHU 175, pendakwaraya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen apabila menjatuhkan hukuman selama 12 bulan penjara sahaja atas pengakuan salah Tertuduh di bawah seksyen 408 Kanun Keseksaan iaitu melakukan Pecah Amanah Jenayah di dalam syarikat terhadap dua keping cek berjumlah RM10,000.00 setiap satu.
Dalam rayuan pendakwaraya, walaupun dalam keadaan yang biasanya adalah diterima bahawa seseorang Tertuduh yang membuat Pengakuan Bersalah perlu diberikan suatu "discount" sehingga kepada satu pertiga hukuman, tetapi ianya bukanlah suatu peraturan yang sangat ketat memandangkan mahkamah boleh, menjalankan budi bicaranya, untuk mengecualikan suatu pemberian discount dalam keadaan-keadaan yang bersesuaian, bergantung kepada fakta-fakta kes dan keadaan-keadaannya. [Bachik Bin Abdul Rahman v PP]
Kesalahan Pecah Amanah yang dilakukan oleh Responden amatlah memalukan dan masyarakat mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan ini, lebih-lebih lagi ianya dilakukan oleh seorang siswazah universiti yang sepatutnya menggunakan ilmu yang dipelajari untuk meningkatkan prestasi syarikat tapi cuba meruntuhkan syarikat. Di dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi berpuas hati dengan hujahan pendakwaraya dan meningkatkan hukuman daripada 12 bulan penjara kepada 4 tahun penjara.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►