Monday, August 15, 2022

[1244.22] PETISYEN PERCERAIAN BERSAMA


Tak semua pernikahan berakhir dengan kebahagian. Itulah realiti kehidupan. Ada duka ada lara ada bahagia. Dan, tak semua pengakhiran berakhir dengan pergaduhan dan kebencian. Ada pasangan yang berpisah secara baik kerana faktor-faktor tertentu.
Bagi pasangan yang bukan Muslim, sekiranya mereka membuat keputusan untuk berpisah secara baik, mereka boleh memfailkan Petisyen Perceraian Bersama. Petisyen Perceraian Bersama ini akan menamakan si suami sebagai Pempetisyen Suami dan si isteri sebagai Pempetisyen Isteri. Terma-terma dalam Petisyen Perceraian Bersama akan dipersetujui bersama dan ditandatangani oleh kedua-dua Pempetisyen.
Petisyen Perceraian Bersama ini kebiasaannya akan difailkan bersama dengan Afidavit yang juga ditandatangani oleh kedua-dua Pempetisyen Suami dan Pempetisyen Isteri.
Selepas Petisyen Perceraian Bersama telah ditandatangani oleh Pempetisyen Suami dan Pempetisyen Isteri, petisyen tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan tarikh pendengaran.
Mahkamah Tinggi hanya boleh memberi dekri nisi atau dekri perpisahan kehakiman jika perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan yang sah yang sebelumnya telah didaftarkan dibawah Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA 1976).
Gambar sekadar hiasan.
Ain Syafiqeen


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►