Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK) telah memperkenalkan infoline CCID yang memberikan platform kepada mana-mana individu terutamanya orang awam dalam membolehkan mereka memberikan atau menyalurkan apa-apa maklumat sama ada dalam bentuk aduan atau pertanyaan yang melibatkan jenayah komersial.
Sebarang aduan yang hendak disalurkan adalah mesti dengan menggunakan nombor telefon berdaftar dengan syarikat telekomunikasi Malaysia dan sebarang maklumat atau aduan yang disalurkan akan terlebih dahulu diperiksa akan kesahihannya oleh pengendali infoline sebelum seterusnya memproses maklum balas.
Infoline CCID boleh dicapai dengan menghubungi di talian 013-2111222, setiap hari bermula dari 8 pagi sehingga 12 malam, sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau Whatsapp sahaja.
Sebarang aduan atau maklumat yang boleh disalurkan adalah yang melibatkan jenayah komersial scam, pinjaman tidak wujud, penipuan dalam talian dan pemalsuan dokumen.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..