Tuesday, December 28, 2021

[1070.21] MENGAPA BAHAGIAN LELAKI LEBIH DUA KALI GANDA DARIPADA BAHAGIAN PEREMPUAN BAGI FARAID?


Rujukan adalah dibuat kepada Surah An-Nisa, ayat 11 yang mana Allah telah berfirman yang membawa kepada penjelasan bahawa bahagian #pusaka bagi seorang anak lelaki bersamaan dengan bahagian dua orang anak perempuan.
Hikmah pensyariatan pembahagian harta pusaka nisbah 2:1 tersebut menurut Dr Wahbah Zuhaili adalah dengan merujuk kepada tanggungjawab yang dipikul oleh lelaki terutamanya dalam urusan pemberian #nafkah, tanggungan lain seperti anak-anak dan kewajipan membayar #mahar oleh lelaki.
Selain itu, Imam An-Nawawi pula berpendapat bahawa hikmah nisbah lelaki kepada perempuan sebanyak 2:1 tersebut adalah merujuk kepada beban yang ditanggung atau kesulitan / kesusahan yang dipikul oleh lelaki terutamanya yang melibatkan hal-hal kewangan.
Namun, nisbah 2:1 ini bukanlah konklusif kerana terdapat situasi bahagian perempuan melebihi bahagian lelaki dan terdapat keadaan bahagian perempuan adalah sama dengan bahagian lelaki.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►