Wednesday, December 15, 2021

[1052.21] MEMANDU MELULU SEHINGGA SEBABKAN KEMATIAN


Memandu suatu kenderaan bermotor di jalan raya yang memandu secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang setelah mengambil perhatian tentang segala keadaan termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas adalah ber¬bahaya kepada orang awam se¬hingga menyebabkan kematian, boleh disabitkan dengan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000. [Rujuk Seksyen 41 (1) Akta Pe¬ngangkutan Ja¬lan Raya 1987]
Baru-baru ini dilaporkan Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja, empat tahun lalu.
Antara alasan mahkamah membuat keputusan itu adalah mengambil kira keterangan tertuduh yang tidak ada pengetahuan terhadap aktiviti basikal lajak di lokasi kejadian pada pukul 3 pagi itu adalah munasabah.
Keterangan tertuduh yang memandu di bawah had laju dan berada di lorong paling kiri lokasi kejadian ia¬itu Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Ma¬laysia (MIROS), yang men¬da¬pati kenderaan tertuduh dipandu pada kelajuan 44.5kilometer sejam atau 75.8 kilometer sejam.
Permukaan lokasi kejadian itu yang mendaki bukit, berselekoh dan dalam keadaan gelap menyebabkan tertuduh menyatakan tidak nampak ada kumpulan basikal lajak di bahu, tepi dan tengah jalan di sebalik selekoh berbukit itu.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►