Wednesday, December 15, 2021

[1051.21] BEBAN DAN TAHAP PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN


Pada peringkat akhir kes pendakwaan, pihak #pendakwaan diletakkan dengan beban bagi membuktikan suatu kes “prima facie” sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah yang telah memperuntukkan supaya kesemua elemen perundangan perlu dibuktikan sebelum tertuduh dipanggil untuk menjawab pertuduhan / membela diri.
Isu sama ada tertuduh tersebut akan dilepaskan dan dibebaskan ATAU dipanggil untuk membela diri semasa di akhir kes pendakwaan adalah bergantung kepada kes “prima facie” [ #Balachandran v. PP [2004] 2 MLRA 547]
Ringkasnya, jika #Hakim berpendapat bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, maka tertuduh akan dipanggil membela diri. Namun, jika Hakim berpendapat pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, maka, pembelaan tidak akan dimasukkan dan tertuduh akan dibebaskan.
Mahkamah pada peringkat ini juga akan mempertimbangkan secara positif akan kredibiliti dan kebolehterimaan keterangan-keterangan yang dikemukakan seterusnya membuat penilaian yang maksima keterangan-keterangan kes pendakwaan. [Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2002] 2 MLRA 383]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►