Tuesday, July 13, 2021

[924.21] SAMA ADA PIHAK YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS (FIR) BOLEH DILINDUNGI DI BAWAH HAK MUTLAK ISTIMEWA (ABSOLUTE PRIVILEGE).


Prinsip asas yang terpakai adalah, mana-mana pihak yang membuat laporan polis atau memberikan kenyataan kepada pihak polis, dengan tujuan untuk membantu pihak polis untuk memulakan siasatan adalah mempunyai hak mutlak untuk dilindungi dari diambil apa-apa tindakan. Keterangan tersebut adalah tidak boleh digunapakai untuk memulakan untuk tujuan undang-undang fitnah.
Pun begitu, pemakaian prinsip ini adalah terhad. Tujuan utama adalah untuk menggalakkan orang awam untuk membuat laporan terhadap apa-apa kesalahan yang disyaki. Apa-apa pemakaian prinsip ini perlu untuk dibuktikan bahawa ianya tidak menjangkaui tujuan utama prinsip ini diasaskan.
Di dalam kes Nor Aziz Mat Isa v. Sun Toh Tia (SAC) & Ors [2021] 1 MLRA 450, Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kenyataan yang diberikan di dalam laporan polis adalah tidak dilindungi di bawah absolute privilege memandangkan kenyataan yang diberikan adalah untuk merosakkan dan/atau menjatuhkan imej Ketua Polis Negara dan bukan untuk kepentingan awam. Dengan itu, kenyataan tersebut boleh digunakan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Perayu di dalam kes ini.
+60109647961
Bandar Saujana Putra


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►