Tuesday, July 13, 2021

[923.21] PELUCUTHAKAN HARTA DI BAWAH SEKSYEN 56 AMLATFA (AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM)


Di bawah Seksyen 56 AMLATFA, ianya memberikan kuasa kepada pihak pendakwaan untuk memohon pelucuthakan harta yang telah disita walaupun tiada pendakwaan atau sabitan terhadap kesalahan di bawah subseksyen 4(1). Permohonan perlu dibuat oleh pihak pendakwaan sebelum tamat tempoh 12 bulan dari tarikh penyitaan harta tersebut kepada hakim Mahkamah Tinggi. Beban pembuktian adalah sebagaimana standard prosiding sivil dan bukan standard kes jenayah.
Adalah menjadi beban pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa harta-harta tersebut adalah diperoleh dan/atau berkaitan dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1), harta pengganas, hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan.
Di dalam kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu PP v. Kuala Dimensi & 8 Ors, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal untuk mengemukakan maklumat dan alasan untuk mempercayai bahawa harta-harta tersebut adalah hasil daripada kegiatan haram dan hanya mengemukakan alegasi-alegasi dan keterangan dengar cakap semata-mata. Oleh yang demikian, harta-harta yang telah disita tersebut tidak boleh dilucuthakan.
Terdapat keperluan untuk mengemukakan keterangan dokumen untuk menyokong fakta-fakta yang diketengahkan melalui afidavit yang difailkan bersama-sama permohonan tersebut.
@Khairunnisa Kasa
Subang Jaya
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►