Thursday, February 24, 2022

[1089.22] KONSEP 'HIJAB' / TERHALANG DALAM PEWARISAN ISLAM (FARAID)


Hijab bererti dinding yang menjadi halangan untuk sampai kepada sesuatu. Maksud hijab yang dipakai di dalam ilmu faraid adalah halangan atau sekatan yang menghalang seseorang daripada mewarisi perwarisan harta.
Di dalam ilmu faraid, terdapat dua kategori hijab iaitu (1) Hijab Nuqsan/ Hajb al-Naqs. Hijab Nuqsan ialah hijab yang hanya mengurangi bahagian ahli waris kerana ada ahli waris lain bersama dengannya yang turut mewarisi harta tersebut.
Contoh: Ibu mendapat 1/3 bahagian, tetapi jika si mati ada anak atau cucu bahagiannya turun kepada 1/6.
Kedua, (2 )Hijab Hirman/ Hajb al-Isqat. Hijab hirman ialah dindingan atau halangan yang menyekat atau menyingkir seseorang dari mendapat warisan, kerana ada ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan simati.
Contoh: Saudara lelaki sebapa adalah terhalang dari mewarisi harta dengan kehadiran saudara lelaki seibu sebapa.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►