Tuesday, July 13, 2021

[922.21] BILA TINDAKAN JIRAN YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI KACAU GANGGU?


1. Membakar barang sembahyang secara tetap dan kerap. Rujuk - Tunku Norella Suriani bt Tunku Yusoff & Anor v Kumpulan Sierramas (M) Sdn Bhd & Anor [2011]
Kes ini, wanita tersebut berjaya menyaman jirannya yang selalu membuat pembakaran terbuka barang sembahyang menyebabkan bau asap yang tidak menyenangkan dan berbahaya.
Mahkamah putuskan ia sebagai kacau ganggu kerana mengganggu wanita berkenaan di rumahnya, dan juga menurunkan nilai hartanahnya.
2. Kamera CCTV yang terus menghala ke arah rumah jiran. Rujuk - Lew Cher Phow @ Lew Cha Paw & Ors v Pua Yong Yong & Anor [2011]
Sebuah keluarga di Johor Bahru mempunyai masalah dengan kamera CCTV jiran yang betul-betul diarahkan ke halaman depan dan bahagian belakang rumah mereka.
Rasa seperti diintip oleh jiran, keluarga ini terpaksa melebarkan zink di sepanjang pagar untuk mengelakkan rumah dan aktiviti mereka diawasi secara berterusan oleh jiran. Keluarga ini juga terpaksa sentiasa tutup pintu dan tingkap, selain tidak boleh hidup, makan dan tidur dengan aman. Kesannya, mereka mengalami tekanan emosi, stress dan komplikasi perubatan.
Mahkamah kemudiannya memutuskan bahawa tindakan jiran tersebut sebagai pengawasan melampau yang melanggar hak privasi mereka. Hal ini pada dasarnya juga dianggap sebagai kacau ganggu.
3. Bunyi bising pam air. Rujuk - Ong Koh Hou v Perbadanan Bandar & YBR Management Sdn Bhd [2009]
Kes ini terjadi apabila terdapat seorang lelaki yang membeli penthouse dan baru memindah masuk. Dua minggu kemudian, beliau terpaksa pindah keluar dari rumah tersebut kerana tidak tahan dengan bunyi bising pam air yang terletak di atas rumahnya. Beliau telah menyaman pemaju dan pengurusan kondominium.
Mahkamah mendapati, mendengar bunyi bising secara berterusan dari pam air sebagai terlalu sukar untuk ditanggung dan bunyi itu dianggap sebagai kacau ganggu.
Selain bising dan kacau ganggu biasa, di atas adalah contoh lain yang memboleh tindakan perundangan diambil. Berbaiklah dengan jiran.
Zahirah Bahari
+60109647961
Subang Jaya


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►