Tuesday, July 13, 2021

[921.21] PENANGGUHAN PERBICARAAN- SAMA ADA ADIL TERHADAP TERTUDUH


Adalah menjadi prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan (not guilty until proven). Dengan itu, proses perbicaraan adalah proses yang perlu dilalui oleh tertuduh. Walaupun tiada had masa yang mandatori telah ditetapkan untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah, namun pihak pendakwaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perbicaraan tersebut dijalankan secara adil dalam tempoh masa yang relevan. Ianya bergantung kepada keadaan dan fakta kes.
Di dalam kes Goh Hwa Kiang v. PP, Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan bahawa Perayu wajar untuk dibebaskan dan dilepaskan (discharge amounting to acquittal) apabila kes melibatkan Perayu telah ditangguhkan beberapa kali. Kes adalah sejak tahun 2018 dan perayu pada keseluruhan masa material adalah berada di bawah tahanan pihak polis. Sejak tahun 2018 sehingga tahun 2020, beberapa penangguhan telah dipohon oleh pihak pendakwaan yang mana antara sebab penangguhan adalah kerana ketidakhadiran saksi pendakwaan. Penangguhan yang terlalu lama dan tiada justifikasi yang jelas tersebut telah memberikan prejudis kepada perayu.
Namun, perlu diingatkan bahawa pemakaian prinsip bagi setiap kes adalah berbeza dan ianya turut bergantung kepada fakta sesuatu kes tersebut.
Bandar Saujana Putra
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►