Wednesday, July 14, 2021

[925.21] UNDANG-UNDANG BERSIFAT PENCEGAHAN (PREVENTIVE DETENTION LAWS)


Antara sifat undang-undang termasuklah sebagai medium untuk mengawal, mencegah dan menghukum. Menurut PRPM DBP, mencegah ditakrifkan sebagai menghalang atau mengikhtiarkan supaya jangan berlaku.
Terdapat beberapa jenis undang-undang yang bersifat pencegahan iaitu antaranya termasuklah POTA, POCA, LLPK dan sebagainya. Undang-undang ini digubal selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan.
Khairunnisa Kasa
Shah Alam
+60109647961
Antara tujuan undang-undang pencegahan adalah untuk menghalang daripada berlakunya sesuatu jenayah serta mengawal dan mengutamakan kepentingan dan keselamatan awam. Sekiranya seseorang ditahan di bawah undang-undang pencegahan ini, hak untuk dibicarakan tidak akan diberikan dengan anggapan bahawa pembebasan individu tersebut akan memberikan dan/atau mendatangkan kemudaratan kepada orang awam dan terdapat kebarangkalian bahawa individu tersebut akan melakukan lebih banyak aktiviti jenayah sekiranya dibebaskan. (Rujukan alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan Selva Vinayagam A/L Sures v. Timbalan Menteri Dalam Negeri & 2 Ors)
Pun begitu, ianya tidak bermaksud bahawa individu tersebut tidak langsung diberikan hak menurut undang-undang. Terdapat prosedur yang perlu dipatuhi oleh pihak bertanggungjawab dalam penahanan tersebut yang mana kegagalan untuk mengikut prosedur tersebut akan menjadikan penahanan tersebut sebagai batal.

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►