Wednesday, August 26, 2020

[672.20] KESAN DARIPADA KEMATIAN SALAH SATU PIHAK DALAM TUNTUTAN SIVIL




 "Jika pihak di dalam tindakan guaman sivil meninggal dunia, kes akan tamat?"

Satu tuntutan sivil di mahkamah melibatkan dua belah pihak iaitu plaintif dan defendan. Plaintif adalah pihak yang mengemukakan tuntutan terhadap defendan dimana plaintiff perlu membuktikan keseimbangan kebarangkalian tuntutan itu berlaku dan dilakukan oleh pihak defendan.
Oleh itu, sekiranya salah satu pihak meninggal dunia sebelum tuntutan tersebut selesai iaitu sebelum mendapat perintah kehakiman daripada mahkamah iainya tidak akan menyebabkan tuntutan tersebut terbatal atau terhenti.
Dalam kes Kerajaan 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 & 𝐀𝐧𝐨𝐫 𝐯 𝐓𝐚𝐢𝐛 𝐀𝐛𝐝. 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 (1991) 1 MLRA 85 di mana melalui Perkara 15 Aturan 7, Aturan Mahkamah 2012 menerangkan apabila satu pihak di dalam perbicaraan meninggal dunia atau bankrup, suatu perbicaraan tidak akan dihentikan oleh sebab-sebab tersebut tetapi mahkamah akan memerintahkan bagi pihak simati digantikan dan permohonan bagi menggantikan simati boleh dibuat secara ex-parte.
Apabila kematian salah satu pihak berlaku, mahkamah akan menangguhkan tuntutan tersebut sehingga urusan probet bagi simati selesai dan seorang wakil peribadi sebagai pelaksana bagi aset si mati dilantik. Kemudian, pelaksana bagi aset simati akan menjadi wakil bagi simati dalam tuntutan tersebut.
Akta Probet dan Pentadbiran 1959 menerangkan pelaksana sebagai seorang yang dianggap dilantik melalui wasiat terakhir simati. Plaintif boleh membuat permohonan dibawah Aturan 15 Perkara 7(2) Aturan Mahkamah 2012 untuk mengantikan defendan yang telah meninggal dunia semasa tuntutan masih dijalankan dengan seorang wakil sama ada pelaksana atau pentadbir iaitu contohnya seperti pasangan simati, anak simati yang sudah cukup umur, atau saudara simati.
Walaubagaimanapun, tidak semua tuntutan sivil dapat diteruskan sekiranya pihak defendan meninggal ketika tuntutan sedang dijalankan. Tuntutan sivil yang dilakukan bagi menghukum pihak defendan seperti saman fitnah tidak dapat diteruskan kerana tiada lagi pihak yang akan dihukum.
Kesimpulannya, sebarang tuntutan sivil di mahkamah tidak akan terhenti sekiranya salah satu pihak di dalam prosiding tersebut meninggal dunia.
Kredit kepada -
Pelatih Dalam Kamar
Hisham Nazir & Co, 2020

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►