Monday, August 24, 2020

[671.20] KOS YURAN GUAMAN DERAF PERJANJIAN



Alhamdulillah, selesai 2 minggu ini #deraf perjanjian berkaitan usahama tanah dan perkhidmatan. Ada #perjanjian #usahasama bisnes gunting rambut, usahama pertanian, usahama #perkhidmatan bot perlancongan bot (macam gambar bawah) dan usahasama adik beradik dalam satu perniagaan.
Entah kenapa banyak pula perjanjian sedemikian dalam seminggu dua ini. Ada viral mana-mana ke?
Apa pun kami melihat perkembangan baik apabila sikap berhati-hati dan #profesional dalam melakukan perniagaan mereka dengan membuat perjanjian hitam putih sebagai sandaran kepada apa jua masalah yang mungkin terjadi atau sebagai gambaran jelas kepada usahasama mereka walaupun adik beradik.
Ketenangan dan daya maju dalam perniagaan juga disumbangkan oleh tindakan wujudnya satu perjanjian yang jelas antara pihak-pihak yang membuat perjanjian. Jangan main mulut, kerana nak cerita isu dan pengalaman kami dalam litigasi #sivil sebegini, memang banyak.
Cuma antara persoalan yang biasa ditanyakan kepada kami ialah berapa sebenarnya kos #guaman penyediaan perjanjian. Kos adalah tertakluk kepada perundangan yang mana kos berdasarkan persen jumlah/amaun yang terlibat di dalam perjanjian. Maka jika Peguam A menetapkan yuran sebanyak RM2,000.00 maka sepatutnya Peguam B juga menetapkan perkara yang sama.
Ramai yang hubungi kami untuk dapatkan #quotation, kami tidak berminat kerana kos di mana-mana #peguam pun sepatutnya sama. Pilih satu peguam untuk uruskan. Bukan memilih siapa lebih murah.
Kos yang ditetapkan adalah termasuk #khidmat selepas perjanjian sebgaimana peruntukan perundangan. Jika ada pertikaian, ada isu litigasi kemudian hari, siapa kalau bukan peguam itu akan dijadikan #saksi.
Jadi kepada yang berminat untuk memilih kos yuran guaman murah dan peguam yang tidak mengikuti skala yang ditetapkan perundangan, jangan bersedih jika peguam tidak memberikan kerjasama jika ada masalah litigasi ataupun masalah lain dikemudian hari.
Malah ada juga ramai antara klien kalah kes #litigasi apabila tiada perjanjian yang baik. Sebaliknya ia adalah deraf perjanjian sendiri oleh pihak klien bagi menjimatkan yuran guaman sebanyak RM1,000.00 mereka telah kerugian hampir ratusan ribu tidak termasuk kerugian perniagaan dan kos mahkamah dan litigasi.
Tak wajib pakai peguam, tapi biar #Bijak!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►