Thursday, December 5, 2019

[473.19] FAKTOR DALAM MEMBERIKAN HUKUMAN



SOALAN - 'Adakah hukuman itu (kes dibawah) adil dan mencukupi?'
.............................................
KOTA TINGGI: A senior citizen has been sentenced to 20 years in jail and 10 strokes of the rotan by the Sessions Court here for raping his nine-year-old stepdaughter in March.
Hukuman adalah bersifat mengubah (reform) kepada pesalah, mangsa dan masyarakat ke arah positif. Ini semua bergantung kepada faktor mitigasi yang ada sebelum hukuman diputuskan. Di dalam kes ini, pesalah tidak diwakili peguambela, mungkin faktor mitigasi fakta dan perundangan tidak dikemukakan dengan baik dan lengkap.
Jika dirayu sekalipun kepada hukuman di Mahkamah Tinggi, tanpa mitigasi yang baik dan lengkap yang boleh dirujuk oleh Yang Arif Hakim kelak, rayuan mungkin akan tidak memberikan kesan.
Hukuman juga dinilai kepada serius atau tidak jenayah berkenaan. Kes ini melibatkan seksual kanak-kanak, maka ia dilihat serius. Apabila pengakuan salah dibuat, maka pengakuan itu diterima tanpa syarat dan dianggap ia melakukan jenayah tersebut sepenuhnya sebagaimana pertuduhan.
Jika dirujuk kepada kes Mahkamah Agung, Abdullah Ang Swee Kang vs. PP, Mahkamah patut memberikan diskaun 1/3 hukuman pemenjaraan daripada apa jua jumlah yang difikirkan munasabah oleh Hakim apabila pesalah membuat pengakuan salah kerana faktor mitigasi fakta dan penjimatan pentadbiran sebagaimana di dalam kes berkenaan.
Oleh yang sedemikian, sekiranya Hakim Sesyen menilai hukuman maksima 30 tahun pada masa tersebut adalah munasabah dan adil, maka hukuman 20 tahun adalah munasabah selaras dengan kes itu.
20 tahun pemenjara akan disingkatkan dengan 'rebat'Jabatan Penjara Malaysia sebanyak 1/3 atas faktor berkelakuan baik semasa di penjara.
Sebatan pula adalah dalam lingkungan munasabah bagi beberapa sebatan minima bagi beberapa kesalahan bawah bidangkuasa Mahkamah Sesyen.
Pesalah masih boleh buat rayuan kepada Mahkamah Tinggi bagi satu hukuman lebih ringan tertakluk kepada rekod mitigasi sedia ada di Mahkamah Sesyen dan faktor perundangan yang boleh dikemukakan semasa rayuan kelak.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►