Thursday, December 5, 2019

[472.19] Writ Penyitaan dan Jualan



Writ Penyitaan dan Penjualan (Writ of Seizure and Sale) atau nama singkatannya yang selalu disebut sebagai WSS adalah salah satu daripada cara-cara untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah mahkamah yang gagal dipatuhi.
Ramai orang menganggap selepas menang kes di mahkamah, mereka akan mendapat jumlah yang dituntut secara pasti.
Hakikatnya banyak perintah Mahkamah gagal dipatuhi atas macam-macam alasan menyebabkan pihak yang menang tuntutan perlu mencari jalan lain untuk menguatkuasakan perintah Mahkamah tersebut.
Sekiranya perkara ini berlaku, salah satu caranya ialah pihak yang menang tuntutan (Pemiutang Penghakiman) boleh memfailkan satu permohonan secara ex-parte disertai dengan satu afidavit sokongan untuk memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan Writ Penyitaan dan Penjualan terhadap Penghutang Penghakiman.
Writ Penyitaan dan Penjualan hanya sah selama 12 bulan daripada tarikh ia dikeluarkan. Selepas pengeluaran Writ dan Penyitaan oleh Mahkamah, peguam Pemiutang Penghakiman boleh berhubung dengan bailiff Mahkamah (Bahagian Pelaksanaan) bagi mendapat tarikh untuk pelaksanaan Writ Penyitaan dan Penjualan.
Pada hari penyitaan dilakukan, pihak bailiff Mahkamah bersama wakil peguam Pemiutang Penghakiman akan hadir ke premis Penghutang Penghakiman untuk membuat senarai barang-barang yang boleh disita bagi memenuhi tuntutan seperti yang telah dikeluarkan dalam Perintah atau Penghakiman Mahkamah sebelum ini.
Seterusnya barang- barang yang telah disenaraikan akan dilelong dengan kehadiran pihak bailiff mahkamah dan wakil peguam Pemiutang Penghakiman.
Rujukan : Aturan 46 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
Syahid Lutfi
Ahmad Syahid
[August 2019]

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►