Thursday, December 5, 2019

[471.19] KOMEN NETIZEN PASAL KES MATI KEMALANGAN



Banyak komen dan pertanyaan mengenainya tetapi kes masih dalam siasatan, biar polis buat kerjanya.
Kalau rasa pandai, bantulah polis. Kalau buat komen bodoh, baik simpan untuk anak cucu bodohnya. Takut kehabisan tanpa dipusakai kelak.
Cuma terkilan beberapa komen bodoh netizen yang boleh memberika kesan buruk kepada polis, badan kehakiman dan masyarakat. Kerana bimbang masyarakat dibodohkan dengan komen yang bodoh, apatah lagi komen netizen yang tidak pasal-pasal melibatkan politik. Bila kita nak maju selagi ada netizen sebegini.
Antara komen menyakitkan hati...
[Bayar duit kat hakim, boleh la bebas nanti]
Kes belum pun kena dakwa, hakim tak terlibat pun dalam kes ini. Malah ini kes kemalangan, mungkin hanya di peringkat majistret. Jangan melihat semua kematian maka kes didakwa sebagai tuduhan bunuh. Reman pun setakat di Majistret sahaja. Hakim tak terlibat pun dalam ini cerita.
Sebagai peguam, nak tahu juga hakim mana dia maksudkan boleh bayar. Kot ada polis pun nak tahu. Malah ada Timbalan Pendakwaraya kanan pun komen di situ "nak tahu jugak nama hakimnya".
Netizen lain nyampuk mengiyakan semua komen seangkatannya. Boleh agak tak minda orang kita setakat mana? Yang komen bukan sekolah darjah 6 masalahnya.
Pegang satu benda, tak tahu apa-apa diam. Bukan kami pesan, Rasullulah SAW pesan.
[Cina tu mungkin akan bebas reman]
Tiada apa-apa pun siasatan menjurus kepada s.302 secara konklusif. Siasatan kepada kemalangan. Paling tinggi pun mungkin s.304. Reman hanya untuk siasatan, kalau dibebaskan selepas siasatan dibuat, ia logik dan kuasa bicara polis.
Takkan nak tahan reman berbulan. Satu kes mana boleh roadshow.
[Bukti video dah banyak, apa lagi... ]
Malangnya yang komen adalah muslim. Ntah emosi apa sebab mangsa bukan saudaranya.
Tidak berminat untuk tanyakan samada netizen sebegini sudah khatam akta keterangan sebagainya. Cukup kami tanya, faham tak konsep keadilan dalam Islam?
Tak faham, baik diam.
[ Kerajaan PH tentu bebaskan mamat cina tu]
Setakat hari ini tak nampak pula katanya cina itu orang DAP (parti kebanyakan dianggotai orang cina). Kalau lah cina itu orang MCA atau GERAKAN (parti politik majoriti Cina), adakah BN dan sekutunya PAS akan disalahkan?
Kenapa nak komen buruk atas sebab politik.
Pendek cerita, tak tahu jangan komen. Tak pasti jangan share. Dengan makluman salah, bukan emosi sahaja terganggu, keadilan juga akan terganggu dan seksyen 233 juga boleh diguna pakai.
Rasanya semua repot polis menghina agama, ditangkap. Baik sebar juga sisi baik setiap polis cuba melaksanakan kerja terbaik. Polis menyediakan siasatan. Peguam dan pendakwaraya memberikan hak bicara kepada Tertuduh dan Mahkamah berikan penilaian serta keputusan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►