Friday, September 11, 2009

Perbicaraan Kes Kemalangan Maut Dijalankan Sebagaimana yang Dijadualkan.

Hari ini saya tiada pilihan dalam menjalankan kes berkenaan kemalangan maut di Kuala Lumpur sekitar tahun 2004 bagi pihak Defendan kedua walaupun sebelumnya, pihak Plaintif ingin menangguhkan kes tersebut bagi membolehkan saksi penting iaitu pegawai penyiasat hadir ke Mahkamah yang Mulia.

Namun, permohonan tersebut ditolak dan akan bergantung kepada keadaan semasa perbicaraan kelak.

Saksi-saksi kedua-dua pihak dipanggil dan masing-masing ada seorang saksi sahaja lagi dan keterangan diambil daripada kdua pihak tanpa Plaintif menutup kes atas perbincangan kedua pihak dengan Mahkamah yang Mulia pagi ini.

Kes agak rumit apabila melibatkan Pihak Ketiga memandangkan pemandunya telah diperolehi Penghakiman Ingkar sekitar tahun 2006 manakala Defendan Kedua adalah pemilik berdaftar kenderaan yang telah menjual kenderaan tersebut pada 2004 iaitu sebelum kemalangan tersebut berlaku kepada Pihak Ketiga yang turut hadir tetapi tidak diwakili oleh peguam dan terpaksa mewakili diri sendiri memandangkan pihak Mahkamah bertegas untuk meneruskan kes tersebut.

Memandangkan terdapat 2-4 saksi lagi akan dipanggil dan kesuntukan masa pada hari ini, kes ditangguhkan kepada minggu hadapan bagi membolehkan saksi-saksi yang berbaki memberikan keterangannya.

Tarikh minggu hadapan adalah ditetapkan bagi tarikh terakhir dan pihak-pihak harus menutup kes pada hari tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►