Friday, September 11, 2009

Hujahan Akhir Pendakwaan Kes Rogol Berjalan Dengan Baik Dalam Hari Yang Kalut

Hari yang diceritakan ini agak kalut. Tarikhnya cantik, 090909. Orang Melayu kata bagus maka boleh dibuat kenduri kahwin. Tetapi kaum cina kata tiada "ong" maka banyak upacara membakar hari ini, kena pulak dengan musim perayaan hantu.

Pepagi buta, 4000 kenderaan terkandas dalam perjalanan ke Putrajaya kerana ada paip pecah di kawasan Air Hitam termasuk saya. Ditambahkan lagi dengan tekanan perasan apabila ada seorang mamat/k yang macam tombol nak kata jantan tak berapa jantan, melanggar jip saya. Cakap pula banyak dan menyombong, biasa lah bagi orang melayu yang tiada pendidikan.

Selesai urusan pagi di Mahkamah Putrajaya dan urusan tengahari di Mahkamah Kuala Lumpur, saya bergegas ke Mahkamah Session Petaling jaya bagi satu hujahan akhir pendakwaan yang dijadualkan 2.30 petang. Agak terlewat kerana tersilap jalan di musim Ramadhan yang ada kesesakan di mana-mana. Kemudian ditambah lagi sedikit kemalangan. Tidak cukup itu dan kelewatan, saya terlanggar pula dinding Mahkamah di tempat parking, tapi dengan hebat dapat mengawal keadaan.
Hujahan dapat dikendalikan dengan baik walaupun terdapat sedikit masalah dengan Ikatan Otoriti pihak Pembelaan. Saya mengambil masa hampir 30-40 minit untuk menghujahkan di akhir kes pendakwaan dalam bentuk perundangan dan pembuktian elemen dalam bentuk perbandingan dan hujahan perbandingan dalam keterangan yang bercanggah dan kelemahan-kelemahan yang ada.

Selain hujahan, pihak Mahkamah yang Mulia juga mempunyai klarifikasi mengenai pemakaian perundangan dari sudut elemen pertuduhan rogol dan pembuktiannya melalui keterangan saksi pendakwaan daripada kedua-dua pihak.

Hujahan yang diselesaikan pada jam 4.30 petang tersebut ditangguhkan bagi keputusan oleh Mahkamah yang Mulia selepas Idilfitri kelak.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►