Saturday, September 12, 2009

Dah Berantai, Seluar Tidak Berapa Panjang, Puasa Entah.. Maghrib Confirmnya Tidak!

Dalam bulan Ramadhan ini menggamit saya satu kenangan apabila melihat telatah masyarakat melayu yang berpuasa ini. Bulan ini agak padat jadual saya dengan kerja-kerja di Mahkamah yang Mulia. Ada saja Hujahan dan Bicara yang perlu dihadiri yang belum tolak bahagi dengan Sebutan yang hampir setiap hari.

Tapi sememangnya betul, apabila perut sedikit kekosongan, maka perhatian dan penumpuan agak tajam berbanding hari-hari biasa. Boleh fikirkan dan amalkan.

Ekoran kepadatan jadual saya serta isteri, saya dan isteri tidak menjengah ke bazar Ramadhan pada tahun ini kecuali beberapa kali semasa di Kelantan, sempat juga menjengah pasar Chabang Tiga untuk mencari hidangan menjamu Ma dan Abah serta adik-adik.

Apabila melihat melayu yang berseluar singkat berbuka puasa dan tidak bangat menghabiskan menunya dalam menghambat waktu maghrib, mana insan yang tidak memberikan tanggapan jahat mengenai agamanya. Itu belum cerita penampilannya. Bukankah malu itu sebahagian daripada iman?

Telatah ini membuatkan aku ingin bercerita mengenai sahabatku yang turut amat-amat suka berseluar singkat di bawah paras lutut sedikit. Jelas tidak mampu di bawa ke sejadah tetapi dalam keadaan biasa masih lagi menutup aurat. Dalam hidupku, ada 2 orang sahabatku yang jenis macam ini. Seorang sudah meninggal dunia meninggalkan kami manakala seorang lagi kini hidup berbahagia bersama isteri dan anak-anak yang kini juga turut mengamalkan undang-undang. Dalam bahasa mudah, peguam.

Namun, hari ini saya ingin ceritakan sahabat saya yang telah meninggal. Ada satu perkara yang saya kagumi mengenai beliau yang saya rasa kenangan dan ingatan di bulan Ramadhan ini patut saya kongsikan penghargaan saya kepada Arwah. Beliau meninggal pada 23 September 2003 iaitu lebih kurang sebulan selepas saya menerima Ijazah Sarjana Undang-Undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mungkin sebelum kematiannya, dia banyak bergurau dan bercakap dengan saya terutama bila masa-masa akhir beliau ke Semenanjung Malaysia, saya yang menjadi supirnya daripada KLIA.

Apa yang menarik mengenai rakan saya ini, beliau merupakan seorang lelaki yang amat-amat peramah yang berpendidikan bukan aliran agama. Seorang muslim yang dibesarkan di Kudat Sabah. Maka penampilan dan tingkahlaku Arwah sedikit sebanyak boleh dianggarkan dengan penyataan itu tetapi hukum hakam masih menjadi sempadan.

Apa yang menjadikan ia lebih istimewa dengan sahabat yang lain ialah mengenai solatnya. Walaupun apa pun aktivitinya, solat tetapi diutama dan didahulukan dalam pelbagai segi sepanjang perkenalan saya sebagai rakan sekelas semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1998.

Waktu solat biasanya akan ditunggu dan menyelesaikan solat terlebih dahulu kemudian beliau akan bersiap untuk keluar rumah sewanya bagi apa jua aktiviti beliau. Biarpun penampilannya yang agak kerap jugak berseluar singkat, satu pelikat akan menemaninya sekiranya ada aktivitinya yang agak lama atau jauh. Solatnya tidak perlu dipesan-pesan, sebaliknya dia pula yang mengingatkan para ustaz-ustaz kami.

Kelebihan dan siqahnya dalam menjaga solat membuatkan saya kekadang malu dan amat terharu. Dalam masa yang sama, menghargai seorang rakan sebegini. Doa saya sentiasa akan hadir untuk sahabat yang mentazkirahkan mata dan jasad kami... Semoga kami mengambil ikhtibar dan menjadi muslim yang mudah faham.

Sikap peramahnya membuat kami tidak pernah kekok berkomunikasi dengannya walaupun mereka yang tidak berapa rapat mahupun tidak mengenali beliau. Semasa bertugas di Kuala Lumpur, Arwah antara pihak yang banyak juga membantu rakan-rakan dalam urusan kami.

Pemergian mengejut beliau disambut dengan hiba dan pelbagai kenangan beliau bersama kami di Fakulti Undang-Undang. Beliau meninggalkan kami dalam keadaan bertugas yang membuktikan komitmen Arwah yang tinggi sebagaimana kami kenali beliau. Bukan kecuaian beliau yang membuatkan kehilangannya, tetapi mati itu adalah benar, itu janjiNya.

Mungkin rakan-rakan masih ingat Arwah sebelum menyebut nama orang dia akan mendahulukan "Yaaa Allah" dan perkataan azimatnya
"Yaa Allah! Aku Sayang kkau"
"Aku Sayang Korang"
"Kao Happy aku pun happy"

Tetapi yang paling menarik tone melayu sabahnya agak unik.

alFatihah buat sahabat saya, Gafor Abdul Rajul (25.11.1978 -23.09.2003)

2 komen:

Lina M Ishan said...

al-Fatihah

SH said...

Kejap saja dah 6 tahun kawan tu pergi...

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►