Showing posts with label Destinasi. Show all posts
Showing posts with label Destinasi. Show all posts

Wednesday, December 15, 2021

[1053.21] PERHIMPUNAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG (S. 145)


Seseorang individu yang menyertai mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang meskipun perhimpunan tersebut telah diarah bersurai oleh pihak polis boleh didakwa dan dipertuduhkan dengan satu kesalahan dibawah s 145 Kanun Keseksaan (dibaca bersama seksyen 141 Kanun Keseksaan).
Intipati-intipati kesalahan adalah menyertai atau terus menyertai sesuatu perhimpunan, kedua, perhimpunan yang disertai atau terus disertai itu adalah perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan ketiga mengetahui bahawa perhimpunan menyalahi undang-undang yang disertai atau terus disertai itu telah diarah supaya bersurai secara sah.
Berhimpun secara aman bukanlah satu kesalahan, malah satu hak yang dijamin oleh Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Namun, seperti juga hak-hak kebebasan yang lain, hak ini bukanlah satu hak yang mutlak tanpa batasan atau sekatan. Perkataan "aman" itu sendiri membawa maksud bebas daripada keadaan kacau-bilau, gangguan atau suasana yang tidak menyenangkan: lihat Kamus Dewan Edisi keempat.
Bukan sahaja perlu diadakan secara aman, Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi syarat tersirat bahawa peserta-peserta perhimpunan tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata semasa berhimpun.
Dalam kes MEOR SAFIZAL MEOR MOHAMED AMIN DAN YANG LAIN lwn. PENDAKWA RAYA [2015] MLRAU 96, perhimpunan yang terus disertai oleh perayu-perayu setelah arahan bersurai dikeluarkan telah menyalahi undang-undang dalam seksyen 145 Kanun Keseksaan dibaca bersama s 141 Kanun Keseksaan kerana tujuan atau objektif perhimpunan ialah untuk menentang pelaksanaan suatu proses perundangan yang sah, iaitu upacara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menurut Perkara XVI (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Menurut saksi-saksi polis yang berada ditempat kejadian, orang ramai yang berhimpun bertindak menghalang kenderaan orang-orang kenamaan daripada menuju ke Istana Iskandariah untuk menghadiri upacara tersebut dan apabila diarah bersurai mereka enggan mematuhinya.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

Monday, November 8, 2021

[1021.21] KUASA PENDAKWA RAYA MENGHENTIKAN PROSIDING


Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, seksyen 254 (1) KTJ dan seksyen 254(2) KTJ memperuntukkan bahawa pendakwa raya mempunyai bidang kuasa yang sangat luas termasuklah untuk menghentikan sesuatu prosiding pada mana-mana peringkat perbicaraan sebelum keputusan diputuskan oleh hakim.
Seperti mana dalam kes Poh Cho Ching v PP [1982] 1 MLJ 86, pendakwa raya telah menggugurkan pertuduhan ke atas pemberi rasuah di dalam kes tersebut. peguambela dalam kes tersebut telah menghujahkan bahawa apabila tiada pemberi rasuah dalam kes tersebut, maka tiadalah penerima rasuah. Hakim dalam kes tersebut telah merujuk kepada seksyen 254 KTJ dan menyatakan bahawa ia adalah kuasa pendakwa raya untuk menghentikan prosiding dan bukannya pihak mahkamah yang menentukan perkara tersebut.
Dalam kes PP v HLS Perera [1977] 1 MLJ 12, hakim telah menekankan bahawa kuasa untuk menghentikan prosiding adalah bidang kuasa pendakwa raya sahaja seperti berikut:-
"According to article 145 of the federal constitution, only the attorney general has the power to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence. until he makes up his mind, the courts have to wait."
Seterusnya dalam kes PP v Zainuddin & Anor [1986] 2 MLJ 100, hakim telah memutuskan seperti berikut:-
"Since the attorney-general has this power exercisable at his discretion, it is not for the court to say when the prosecution has to close its case or has to come to an end."
Apabila pendakwa raya menghentikan sesuatu prosiding, mahkamah akan memutuskan sama ada tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan ataupun dilepaskan tanpa dibebaskan.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

Monday, October 25, 2021

[1005.21] KES DI MAHKAMAH PERUSAHAAN TETAP DITERUSKAN WALAUPUN PEKERJA YANG MEMBUAT ADUAN TELAH MENINGGAL DUNIA


Pindaan ini telah dibuat kepada Seksyen 29 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Sebelum ini, jika pekerja yang membuat aduan telah meninggal dunia, Mahkamah Perusahaan tidak lagi mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tersebut kerana tuntutan utama di Mahkamah Perusahaan adalah pemulihan kerja.
Dengan pindaan ini, Mahkamah Perusahaan mempunyai bidangkuasa untuk meneruskan prosiding walaupun pekerja tersebut telah meninggal dunia.
Selain itu, pindaan ke atas Seksyen 30(6B) membolehkan Mahkamah Perusahaan memberikan award pampasan kepada waris terdekat pekerja yang telah meninggal dunia.
Sebarang pampasan yang diperoleh dari tuntutan yang dibuat akan diberikan kepada waris terdekat. Oleh itu, ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu waris dan keluarga pekerja tersebut.
Walau bagaimanapun, dari sudut praktikal, perkara ini masih lagi akan menjadi satu isu khususnya jika bicara penuh masih belum dijalankan. Kerana, pihak majikan mungkin akan membangkitkan isu bahawa mereka kehilangan hak untuk menyoal balas keterangan pekerja yang meninggal dunia tersebut. Kerana kebiasaannya dalam kes pembuangan kerja, keterangan dari pekerja tersebut sendiri adalah paling penting.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961


 

Tuesday, October 12, 2021

[986.21] BAGAIMANA KREDIBILITI SAKSI DIUJI SEMASA MEMBERIKAN KETERANGAN DI DALAM MAHKAMAH?


Rujukan adalah kepada Seksyen 146 Akta Keterangan 1950. Maksud (Credibility): The fact that someone can be believed or trusted.
Semua sedia maklum bahawa adalah menjadi sebahagian daripada proses perbicaraan Mahkamah apabila saksi-saksi yang dikemukakan pihak-pihak boleh diperiksa balas (cross-examine).
Kebiasaannya, apakah tujuan soalan-soalan ditanyakan kepada saksi-saksi ini?
● Untuk menguji ketepatan, kebenaran dan kebolehpercayaan saksi (kena jawab dengan yakin dan jujur ya!)
● Untuk tentukan siapa dan bagaimana taraf hidup saksi tersebut.
● (Kemungkinan) Untuk melemahkan kebolehpercayaan dengan mencela watak saksi tersebut (tainted) yang secara langsung / tidak langsung cenderung melibatkan saksi dalam jenayah ATAU mendedahkan secara langsung / tidak langsung mendedahkan saksi tersebut kepada penalti atau perlucuthakan.
Maka, dapat disimpulkan bahawa #kredibiliti akan diuji semasa perbicaraan (sivil/jenayah) bagi #Mahkamah melihat sendiri sama ada saksi yang dikemukan oleh pihak-pihak adalah saksi yang credible atau tidak supaya dapat dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam membuat keputusan kelak.
Izatul Nabila
+60109647961


 

Friday, December 4, 2020

[738.20] TARIK TELINGA BUDAK? - SEKSYEN 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001



Ogos 2020, seorang pekerja pusat asuhan kanak-kanak telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000.00 jika gagal, 12 bulan penjara berserta bon berkelakuan baik selama 3 tahun dengan jaminan RM2000.00.
Kesalahan yang dilakukan oleh pekerja tersebut adalah kerana telah menarik telinga seorang kanak-kanak yang berada di bawah asuhan dan jagaanya. Tindakan pekerja tersebut telah menyebabkan telinga kanak-kanak tersebut merah tanpa apa-apa kecederaan serius yang lain.
Seksyen ini memperuntukkan bahawa:
31.(1) Mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak-
(a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; …..
Melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah di dalam kes ini telah mengambil kira beberapa faktor dalam menjatuhkan hukuman untuk memastikan tujuan menjatuhkan hukuman tersebut dapat dicapai. Walaupun tindakan pekerja tersebut tidak memberikan apa-apa kecederaan serius terhadap kanak-kanak tersebut, namun ianya adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang pekerja pusat asuhan kanak-kanak.
Mahkamah turut mempertimbangkan keadaan semasa yang mana kes penderaan kanak-kanak seringkali dilaporkan di Malaysia. Oleh itu, ianya adalah menjadi tugas mahkamah untuk menjatuhkan hukuman bagi tujuan memberikan pengajaran kepada tertuduh dan juga mengambil kira kepentingan awam, terutamanya kanak-kanak.
Hukuman yang ada bukan trend kepada hukuman kes yang lain dan pertuduhan yang sama. Tetapi amaun denda yang dikenakan agak tinggi berbanding fakta kes.. Kalau kami, cadangkan rayuan sahaja.


 

Friday, November 27, 2020

[724.20] PRINSIP PERBERHENTIAN KERJA FAKTOR EKONOMI

 


Secara amnya prinsip perberhentian kerja boleh dilihat dalam beberapa kes. Di dalam kes East Asiatic Company (M) Bhd v. Valen Noel Yap [1987] , Mahkamah Perusahaan melihat hak dan keistimewaan majikan untuk perstrukturan perniagaannya dalam bentuk yang difikirkan patut sesuai dengan keadaan ekonomi dan keselesaannya. Dengan melaksanakan perstrukturan atas tujuan yang sah, maka akan ada pekerja yang akan dilepaskan jawatan dan pekerja hendaklah bertindak sedemikian.
Mahkamah Perusahaan dalam kes William Jacks Co (M) Sdn Bhd v. S Balasingam [1996] memutuskan bahawa selama mana kuasa pengurusan dibuat secara bona fide, keputusan pengurusannya adalah bebas daripada di persoalkan oleh Mahkamah Perusahaan
Perlaksanaan perlu selaras dengan prinsip-prinsip yang sedia ada dalam prinsip Last In First Out diikuti. Sekiranya melibatkan pekerja tempatan dan asing, maka satu pertimbangan dan perberhentian yang setara adalah perlu. Ini dibezakan dengan situasi kontrak iaitu jika terdapat pekerja kontrak dan pekerja tetap, maka pekerja kontrak perlu didahulukan dalam perlaksanaan prinsip perberhentian kerja.
Dalam perberhentian kerja terutama dalam permasalahan ekonomi, kewangan syarikat, ia harus tidak dilihat kepada jenis, hubungan, sikap pekerja tetapi perlaksanaan perlu merujuk kepada keperluan semasa majikan/syarikat tersebut.
Dalam erti kata lain, perlaksanaannya tidak boleh dipilih atau berdasarkan mengenepikan pekerja yang bermasalah, kurang bagus dalam kerja dan lain-lain sebab peribadi.


Thursday, November 19, 2020

[708.20] APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA MENERIMA SAMAN?


Antara persoalan yang sering diterima oleh pihak peguam adalah apabila terdapat individu atau syarikat menerima writ saman. Sekiranya menerima writ saman, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti tarikh penerimaan saman tersebut.
Tarikh tersebut adalah penting kerana bermulanya dari tarikh tersebut, pihak yang disaman perlu untuk memfailkan kehadiran dalam tempoh 14 hari. Kegagalan untuk melakukan sedemikian akan membolehkan pihak Plaintif memfailkan penghakiman ingkar kehadiran.
Kesan atau akibat penghakiman ingkar kehadiran tersebut akan membolehkan pihak mahkamah untuk membenarkan keseluruhan tuntutan pihak Plaintif tanpa apa-apa pembelaan daripada pihak Defendan.
Namun, sekiranya penghakiman ingkar kehadiran telah dimasukkan, pihak Defendan masih boleh untuk mengenepikannya dengan cara memfailkan Notis Permohonan dan tertakluk kepada syarat tertentu dan merit sesuatu kes.
@Keyron Nisa
Subang Jaya, 2020


 

Tuesday, September 1, 2020

[675.20] LENGUH KAKI BILA JAMMED


Orang kata "kalau jammed (jem), bawak roti"
Alhamdulillah petua tu menjadi. Sebaik roti di bawa keluar, jammed berkurangan.

 

Friday, August 28, 2020

[674.20] PAKCIK - ANTARA PUSAKA & TANGGUNGJAWAB





Bila teringat kes Arwah Abam, teringat tradisi masyarakat kita yang kini jarang didengar. Dalam bab kematian isteri, ambil adik disebut 'ganti tikar'. Kalau kematian suami, tak pasti apa disebut bila kahwinan ipar wanita.
Masyarakat Melayu antara lain pernah menekankan perkahwinan sebegini. Kenapa?
Kerana apabila kematian adik lelaki atau abang, kemungkinan ada antara mereka menerima pusaka adik/abang mereka atau tidak menerima kerana ada penghalang. Sebagai contoh, tiada harta atau adanya anak lelaki sebagai asabah.
Namun, tanggungjawab datuk dan/atau pakcik ke atas anak saudaranya (belah abang/adik lelaki seibu sebapa) sebagai wali masih wujud.
Makan, pakai, kesihatan, pendidikan, tempat berteduh dan lain-lain keperluan adalah atas 'kepala bana' pakciknya. Atau datuk kalau masih ada datuk.
Bila bab harta semua nak gaduh. Bab nak bagi keperluan anak saudara, semua senyap. Keadaan ini dah jadi biasa dan tidak janggal dalam masyarakat melayu. Tanamkan sifat malu dan fahamkan tanggungjawab.
Nak senang, ikut kebiasaan orang melayu lama. "Senang-senang kao kahwin sahaja dengan kakak ipar, jaga anak saudara sekali"
Nota: Tumpang lalu orang Perlis. Abam dari Kedah drive ke Perlis dan nak ke Kedah naik Ferry. Mak Yam mana..
@ Mangrove Forest Langkawi

Friday, August 7, 2020

[657.20] MAHKAMAH DI LUAR KAWASAN


Mungkin kebanyakan masa tidak diperlukan satu hakim/majistret tetap atas faktor kuantiti #pertuduhan atau #saman semasa, maka ada mahkamah di Malaysia ini hanya bersidang hari tertentu oleh Majistret 'circuit' daripada Mahkamah yang lain.
Contohnya macam #Mahkamah Sik pada isnin oleh Majistret Baling dan Mahkamah Kuala Nerang pada setiap selasa oleh Majistret #Jitra. Ini sekadar contoh
Manakala ada juga mahkamah yang mana Hakimnya juga bertindak sebagai majistret. Jadi mereka mengendalikan 2 mahkamah yang berlainan bidangkuasa dalam satu tempat/mahkamah.
Bayangkan untuk kes tertentu, hanya hari tertentu sahaja. Malah lambakan kes 2 mahkamah oleh seorang hakim, maka banyak pada sebelah pagi hanya untuk #Sebutan/ pengurusan kes. #Bicara kebanyakan masa pada sebelah petang.
Antara kebimbagan #peguambela, jaminan tidak ditawarkan kepada OKT dan perjalanan kes akan ambil masa yang lama.
Semoga semua pihak "Officer of #Court" memahami keadaan yang ada di mahkamah sebegini.
Nota Gambar: Peguambela dah siap sedia nak bicara, tetapi sebutan tak habis-habis. Melukis habis 2-3 helaian dulu. Jadi kalau jumpa buku nota peguambela terconteng, itu biasa.

Wednesday, July 22, 2020

[650.20] TANAH LOT MURAH UNTUK DIJUAL HARGA RM45,000.00 (Nego) Kg Seri Cheeding, Jenjarom www.wasap.my/60139307961




Klien minta tanyakan kalau ada yang berminat -
✓ Klien nak pakai duit urgent.
✓ Ada 2 lot #tanah nak dijual.
✓ Luas Lot 3380kps setiap satu.
✓ Satu lot kosong + pokok buah-buahan
✓ Satu lot ada #bangunan 21' x 65' (harga lain)
✓ Tanah bersih daripada pokok dan semak
✓ Tempat - Kampung Seri #Cheeding
✓ Saiz - 44' x 73' (Muat satu banglo)
✓ Kos beli - RM30,000 (diskaun daripada RM55,000 kerana tanah permulaan dijual kawasan itu)
✓ Kos Tambat - RM7,000
✓ Ada pintu #pagar dan kok/klokong #pokok.
BONUS - Ada tanam dalam klongkong (kok atau kerek) pokok #mangga india, #harumanis, cokanan, durian belanda, #cempedak, #nangka madu, kelapa #pandan.
✓ Jalan sedia ada
✓ Sekeliling lot dah ada rumah dan didiami
Sebelah Bandar #Rimbayu, #BandarSaujanaPutra, Bandar #Jenjarom dan #Banting.
✓ Sebelah Highway SKVE, ELITE.
✓ 15 minit untuk ke #SubangJaya, #Puchong, #Klang, #Putrajaya, #Banting.
✓ Supermarket dekat (Jenjarom)- #Econsave, #Tesco, #Giant semua 5 minit drive.
Kalau minat, whatsapp saya www.wasap.my/60139307961
Tolong pakat SHÀRE
Nota: Sila rujuk gambar dan boleh set appoinment utk site view.
Older Post ►