Tidak pasti tajuk apa yang sepatutnya. Cuma hari ini saya berbual dengan orang awam dan masih ramai tidak tahu bahawa di luar kawasan agak terpencil ada #mahkamah istimewa yang kadang-kadang memberikan beban kepada #Majistret dan #Hakim atau melambatkan perjalanan keadilan.
Mungkin kebanyakan masa tidak diperlukan satu hakim/majistret tetap atas faktor kuantiti #pertuduhan atau #saman semasa, maka ada mahkamah di Malaysia ini hanya bersidang hari tertentu oleh Majistret 'circuit' daripada Mahkamah yang lain.
Manakala ada juga mahkamah yang mana Hakimnya juga bertindak sebagai majistret. Jadi mereka mengendalikan 2 mahkamah yang berlainan bidangkuasa dalam satu tempat/mahkamah.
Antara kebimbagan #peguambela, jaminan tidak ditawarkan kepada OKT dan perjalanan kes akan ambil masa yang lama.
Semoga semua pihak "Officer of #Court" memahami keadaan yang ada di mahkamah sebegini.
Nota Gambar: Peguambela dah siap sedia nak bicara, tetapi sebutan tak habis-habis. Melukis habis 2-3 helaian dulu. Jadi kalau jumpa buku nota peguambela terconteng, itu biasa.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..