Thursday, November 19, 2020

[708.20] APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA MENERIMA SAMAN?


Antara persoalan yang sering diterima oleh pihak peguam adalah apabila terdapat individu atau syarikat menerima writ saman. Sekiranya menerima writ saman, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti tarikh penerimaan saman tersebut.
Tarikh tersebut adalah penting kerana bermulanya dari tarikh tersebut, pihak yang disaman perlu untuk memfailkan kehadiran dalam tempoh 14 hari. Kegagalan untuk melakukan sedemikian akan membolehkan pihak Plaintif memfailkan penghakiman ingkar kehadiran.
Kesan atau akibat penghakiman ingkar kehadiran tersebut akan membolehkan pihak mahkamah untuk membenarkan keseluruhan tuntutan pihak Plaintif tanpa apa-apa pembelaan daripada pihak Defendan.
Namun, sekiranya penghakiman ingkar kehadiran telah dimasukkan, pihak Defendan masih boleh untuk mengenepikannya dengan cara memfailkan Notis Permohonan dan tertakluk kepada syarat tertentu dan merit sesuatu kes.
@Keyron Nisa
Subang Jaya, 2020


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►