Friday, November 27, 2020

[724.20] PRINSIP PERBERHENTIAN KERJA FAKTOR EKONOMI

 


Secara amnya prinsip perberhentian kerja boleh dilihat dalam beberapa kes. Di dalam kes East Asiatic Company (M) Bhd v. Valen Noel Yap [1987] , Mahkamah Perusahaan melihat hak dan keistimewaan majikan untuk perstrukturan perniagaannya dalam bentuk yang difikirkan patut sesuai dengan keadaan ekonomi dan keselesaannya. Dengan melaksanakan perstrukturan atas tujuan yang sah, maka akan ada pekerja yang akan dilepaskan jawatan dan pekerja hendaklah bertindak sedemikian.
Mahkamah Perusahaan dalam kes William Jacks Co (M) Sdn Bhd v. S Balasingam [1996] memutuskan bahawa selama mana kuasa pengurusan dibuat secara bona fide, keputusan pengurusannya adalah bebas daripada di persoalkan oleh Mahkamah Perusahaan
Perlaksanaan perlu selaras dengan prinsip-prinsip yang sedia ada dalam prinsip Last In First Out diikuti. Sekiranya melibatkan pekerja tempatan dan asing, maka satu pertimbangan dan perberhentian yang setara adalah perlu. Ini dibezakan dengan situasi kontrak iaitu jika terdapat pekerja kontrak dan pekerja tetap, maka pekerja kontrak perlu didahulukan dalam perlaksanaan prinsip perberhentian kerja.
Dalam perberhentian kerja terutama dalam permasalahan ekonomi, kewangan syarikat, ia harus tidak dilihat kepada jenis, hubungan, sikap pekerja tetapi perlaksanaan perlu merujuk kepada keperluan semasa majikan/syarikat tersebut.
Dalam erti kata lain, perlaksanaannya tidak boleh dipilih atau berdasarkan mengenepikan pekerja yang bermasalah, kurang bagus dalam kerja dan lain-lain sebab peribadi.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►