Friday, November 27, 2020

[725.20] IBU MENYUSU


"Aku bagi sahaja susu (breast feeding) kat anak sedara aku. Kebetulan susu ada. Itu pun (suami) nak jadi gaduh"
Aku dengar seorang perempuan bercakap selang 4 meja depan kepada perempuan yang lain. Perempuan itu menambah :
"orang laki ni nak cari pasal je ngan kita. Bukan orang lain, tak luak pun susu"
Kenapa banyak statement bodoh banyak minggu ini. Masyarakat kita masih bodoh bukan masalah, cuma dirisaukan bila bodoh itu dibanggakan dan ditonjolkan secara terbuka.
Susu boleh dikongsikan. Maka lahirlah hubungan baru anak/ibu susuan dan lain-lain hubungan yang ada dengan ibu susuan.
Susu itu hak suami biarpun dia tak menyusu. Hahahah (izinkan aku gelak). Bila disebabkan hak, maka izin adalah perlu. Bila dibenarkan dan diberikan susu itu kepada anak kecil, maka dunia kiamat pun, ia tidak boleh dipusing masanya.
Maka hak suami, isteri dan nasabnya akan berubah atas hukum Islam bermula susu diteguk. Hak suami maka suami akan dipertanggungjawab di dunia dan akhirat.
Sebenarnya dulu ada kes lelaki tak kisah perkara ini. Isteri main bagi je anak kecil orang. Terfikir esok-esok macamana dia nak tahu titih nasab kemana hukum mahram atas susuan.
Benda kecik memang kebanyakannya kesan besar. Jadi jangan ambil mudah. Ibarat kentut, boleh perang dunia woo.
Gambar adalah sekadar provokasi sahaja.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►