Thursday, March 24, 2022

[1120.22] KETUM DAN AKTA RACUN 1952


Kelemahan dan kelompangan undang-undang menyebabkan masalah penyalahgunaan serta penanaman ketum masih berleluasa di Malaysia. Malaysia tidak mengharamkan penanaman ketum berikutan tiada peruntukan sedemikian dalam Akta Racun 1952.
Mengikut Akta Racun 1952, kesalahan bagi ketum adalah bagi mereka yang mengimport, memiliki, mengilang, menyimpan, mengangkut dan mengguna air ketum sahaja, sedangkan mereka yang menanam pokok ketum kekal bebas.
Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menyembuhkan penyakit kecing manis, menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.
Namun, ketum juga dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitraginin dan penambahan bahan-bahan lain yang boleh memabukkan dan menjejaskan kesihatan.
Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952 dan daun ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Keadaan itu menyebabkan kegiatan penanaman ketum masih dilakukan secara terbuka terutama kalangan penduduk luar bandar kerana mampu memberi hasil lumayan kepada mereka.
Mengikut Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 (Pindaan 2003), mereka yang disabitkan kesalahan berkaitan ketum boleh dihukum denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya.
Ini berbeza bagi pesalah berkaitan dadah mengikut 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.
NOTA: Gambar Sekadar hiasa


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►