Monday, October 25, 2021

[1005.21] KES DI MAHKAMAH PERUSAHAAN TETAP DITERUSKAN WALAUPUN PEKERJA YANG MEMBUAT ADUAN TELAH MENINGGAL DUNIA


Pindaan ini telah dibuat kepada Seksyen 29 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Sebelum ini, jika pekerja yang membuat aduan telah meninggal dunia, Mahkamah Perusahaan tidak lagi mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tersebut kerana tuntutan utama di Mahkamah Perusahaan adalah pemulihan kerja.
Dengan pindaan ini, Mahkamah Perusahaan mempunyai bidangkuasa untuk meneruskan prosiding walaupun pekerja tersebut telah meninggal dunia.
Selain itu, pindaan ke atas Seksyen 30(6B) membolehkan Mahkamah Perusahaan memberikan award pampasan kepada waris terdekat pekerja yang telah meninggal dunia.
Sebarang pampasan yang diperoleh dari tuntutan yang dibuat akan diberikan kepada waris terdekat. Oleh itu, ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu waris dan keluarga pekerja tersebut.
Walau bagaimanapun, dari sudut praktikal, perkara ini masih lagi akan menjadi satu isu khususnya jika bicara penuh masih belum dijalankan. Kerana, pihak majikan mungkin akan membangkitkan isu bahawa mereka kehilangan hak untuk menyoal balas keterangan pekerja yang meninggal dunia tersebut. Kerana kebiasaannya dalam kes pembuangan kerja, keterangan dari pekerja tersebut sendiri adalah paling penting.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►