Monday, May 29, 2023

[1442.23] INDIVIDU BUKAN MUSLIM DI BAWAH UMUR 21 TAHUN PERLU MENDAPAT PERSETUJUAN BERTULIS UNTUK BERKAHWIN


Seseorang yang sudah melebihi 18 tahun tetapi belum melepasi umur 21 tahun masih perlu mendapatkan persetujuan bertulis daripada orang tertentu. Walaupun mereka telah melebihi umur dewasa, undang-undang masih memperuntukkan mereka untuk mendapatkan persetujuan daripada orang yang diperuntukkan di dalam akta. SEKSYEN 12 AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 adalah dirujuk sepertiman berikut:-
12. Persetujuan dikehendaki.
(1) Seseorang yang belum genap umur dua puluh satu tahun, walaupun telah mencapai umur dewasa sebagaimana ditetapkan oleh Akta Umur Dewasa 1971 [Akta 21] , adalah juga dikehendaki, sebelum berkahwin, mendapatkan persetujuan bertulis:
(a) bapanya atau ibunya;
(b) jika orang itu adalah tidak sah taraf, ibunya;
(c) jika orang itu ialah seorang anak angkat, bapa angkatnya atau ibu angkatnya; atau
(d) jika kedua-dua ibu bapanya (ibu bapa sebenar atau ibu bapa angkat) telah mati, orang yang mengambil tempat ibu bapanya sebelum dia mencapai umur itu,
tetapi dalam sesuatu hal lain, tidaklah perlu mendapatkan persetujuan.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►