Monday, May 29, 2023

[1443.23] PENDIRIAN MAHKAMAH BERHUBUNG BUKTI DIPEROLEHI SECARA TIDAK SAH (ILLEGAL)


Persoalan yang sering dibangkitkan adalah apakah yang berlaku jika ‘bukti’ diperolehi melalui cara yang tidak sah (illegally obtained evidence)? Atau secara tidak wajar atau tidak adil? Contoh adalah seperti diperolehi bukti tersebut dengan cara mengintip / mencuri dengar? Atau dengan cara melanggar undang-undang atau dengan cara menceroboh sempadan / had, melalui agen provokator? Dengan cara memasang perangkap ataupun dengan menggunapakai sampel darah yang diambil tanpa kebenaran?
Merujuk kepada kes Ramli bin Kechik v PP [1986] 2 MLJ 33, Mohamed Azmi SCJ berpendirian bahawa adalah dengan merujuk English Law yang mantap bahawa bukti yang relevan boleh diterima, walaupun ia telah diperoleh secara tidak sah (illegal). Juga turut direkodkan di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Hari Bhadur Ghale lwn Public Prosecutor [2012] 6 MLJ 597, Mahkamah berpandangan bahawa Mahkamah tidak lagi mempunyai budi bicara untuk menolak daripada menerima masuk keterangan yang dikemukakan tersebut sebagai keterangan / bukti di Mahkamah, berdasarkan rujukan kepada kes R v Sang, di mana Mahkamah menganggap jika penerimaan masuk keterangan itu akan memberi kesan buruk ke atas keadilan prosiding, maka, Mahkamah tidak sepatutnya mengakui penerimaan masuk keterangan tersebut.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►