Tuesday, May 23, 2023

[1441.23] PAKSAAN PERSETUBUHAN DALAM PERKAHWINAN


Sebelum ini paksaan untuk melakukan persetubuhan di dalam satu perkahwinan bukan satu kesalahan keganasan rumah tangga dan juga bukan kesalahan di dalam mana-mana seksyen Kanun Keseksaan. Walaubagaimanapun, pindaan telah dilakukan kepada Seksyen 375 Kanun Keseksaan. Oleh itu, paksaan untuk melakukan persetubuhan di dalam suatu perkahwinan adalah merupakan satu kesalahan jenayah selaras dengan SEKSYEN 375A KANUN KESEKSAAN yang menyatakan seperti berikut:-
375A. Suami menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan.
Mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecederaan atau ketakutan kematian atau kecederaan kepada isterinya atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►