Tuesday, May 23, 2023

[1440.23] KEISTIMEWAAN KOMUNIKASI PERKAHWINAN (MARITAL COMMUNICATION PRIVILEGE)


Hak yang diberikan kepada suami dan isteri untuk tidak memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kenyataan sulit (lisan atau bertulis) yang dibuat antara satu sama lain dalam dan semasa tempoh hubungan suami isteri. Keistimewaan perkahwinan (marital privilege) adalah pengecualian kepada peraturan umum bahawa semua bukti yang berkaitan boleh diterima dalam perbicaraan. Keistimewaan komunikasi perkahwinan (marital communication privilege) adalah hak yang hanya dimiliki oleh orang yang berkahwin secara sah di mahkamah.
Secara umumnya, penentuan sama ada perkahwinan itu sah bergantung kepada undang-undang negeri. Maka, Mahkamah tidak akan membenarkan penggunaannya oleh mana-mana pasangan yang hanya tinggal bersama atau oleh mereka yang mempunyai perkahwinan undang-undang biasa atau perkahwinan palsu. Perlu juga diberi perhatian bahawa, komunikasi mestilah berlaku semasa perkahwinan itu wujud, dan bukan selepas perceraian. Keistimewaan itu juga tidak boleh diterima pakai dalam situasi tertentu, contohnya, seorang pasangan telah dihadapkan dengan pertuduhan bagi jenayah yang dilakukan terhadap pasangannya yang lain atau terhadap anak-anak kepada pasangan itu.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►