Tuesday, May 23, 2023

[1439.23] PERKAHWINAN SESEORANG BUKAN ISLAM YANG DI BAWAH UMUR 18 TAHUN


Jika seseorang di bawah umur 18 tahun berkahwin tanpa lesen yang diberi oleh Ketua Menteri, maka perkahwinannya adalah tidak sah. Ini kerana peruntukkan perkahwinan tidak dipenuhinya. Peruntukkan ini boleh dilihat di dalam SEKSYEN 10 AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 yang menyatakan seperti berikut:-
10. Pentaksahan perkahwinan jika salah satu pihak berumur di bawah umur minimum perkahwinan.
Mana-mana perkahwinan yang berupa sebagai diupacarakan di Malaysia adalah tidak sah jika pada tarikh perkahwinan itu salah satu pihak berumur di bawah lapan belas tahun melainkan jika, berkenaan dengan seseorang perempuan yang telah genap umur enam belas tahun, pengupacaraan perkahwinan itu telah dibenarkan dengan suatu lesen yang diberi oleh Ketua Menteri di bawah subseksyen 21(2).
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►