Tuesday, May 23, 2023

[1433.23] SUBAHAT


Bersubahat adalah satu cara penyertaan di dalam satu jenayah. Kadang-kadang jenayah tidak akan dilakukan tetapi atas dorongan dan sokongan daripada orang lain. Orang yang menghasut, bersekongkol atau membantu dalam melakukan kesalahan bersubahat. Orang yang menghasut bertanggungjawab walaupun kesalahan tidak dilakukan olehnya sendiri.
Merujuk kepada SEKSYEN 109 KANUN KESEKSAAN yang menyatakan seperti berikut:-
109. Seksaan bagi subahat jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebabnya, dan jika tiada peruntukan yang nyata dibuat bagi seksaannya.
Barang siapa menyubahati sesuatu kesalahan hendaklah jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebab subahat itu, dan tiada peruntukan yang nyata dibuat oleh Kanun ini berkenaan dengan seksaan bagi subahat itu, diseksa dengan seksaan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Huraian:- Sesuatu perbuatan atau kesalahan adalah dikata dilakukan oleh sebah subahat, apabila ia dilakukan oleh sebab hasutan, atau pada menurut pakatjahat, atau, dengan bantuan yang menjadikan subahat itu.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►