Tuesday, May 23, 2023

[1434.23] KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN


Untuk memelihara kebebasan kehakiman berdasarkan Perkara 121(1) 15 Perlembagaan Persekutuan. kuasa kehakiman persekutuan terletak pada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo dan di mahkamah rendah seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan. Badan kehakiman diberi kuasa untuk mendengar dan menentukan kes-kes sivil dan jenayah. Undang-undang juga memberikan kuasa untuk menafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri. Kuasa kehakiman terletak pada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Bawahan. Ini bagi memelihara badan kehakiman untuk berdiri dengan sendiri di mana kebebasan hakim-hakim menjalankan fungsi kehakiman sebagai sebuah institusi.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►