Tuesday, May 23, 2023

[1435.23] APABILA MAHKAMAH MEMANGGIL TERTUDUH UNTUK MEMBELA DIRI


Seksyen 174 (b) dan Seksyen 181(2) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa tertuduh atau peguambelanya boleh mengemukakan kepada Mahkamah poin pembelaan dengan menyatakan fakta dan undang-undang yang pihak pembelaan berhasrat untuk bergantung.
Dalam praktis, pihak pembelaan boleh meneruskan perbicaraan dan biasanya memanggil saksi-saksinya dan mengemukakan keterangan. Selepas semua keterangan dikemuakaan dan diperiksa semua saksinya, peguambela boleh merumuskan kesnya. Berdasarkan kepada kes Mahinder Singh lwn PP [1941] MLJ 230, jika tiada kebenaran diberikan untuk merumuskan kes, adalah merupakan penyelewengan yang serius (serious irregularity) dan sabitan boleh diketepikan. Seksyen 174(b) dan Seksyen 181(2) turut memperuntukkan bahawa tertuduh sendiri boleh merumuskan kesnya walaupun dia tidak memberikan keterangan tetapi saksinya memberi keterangan.
Menurut kes Manickam lwn PP [1948] MLJ 185, Mahkamah berpandangan bahawa adalah wajar sebarang ‘address’ terhadap Mahkamah oleh peguam hendaklah dibuat selepas tertuduh memberikan keterangannya. Adalah juga wajar bahawa saksi-saksi untuk pembelaan selain daripada tertuduh telah dipanggil, peguambela harus dibenarkan untuk menangguhkan ‘address’ sehingga semua saksinya memberi keterangan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►