Tuesday, May 23, 2023

[1432.23] KESALAHAN TIDAK BOLEH DIJAMIN (NON BAILABLE OFFENCE)


Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntukkan bahawa Mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan jaminan bagi kesalahan tidak boleh jamin bergantung pada keadaan dan fakta setiap kes.
Namun, ada adalah tertakluk kepada tiga jenis kesalahan iaitu tertuduh tersebut mestilah dihukum dengan penjara seumur hidup atau hukuman mati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia bersalah tetapi terdapat alasan yang mencukupi untuk siasatan lanjut.
Mahkamah perbicaraan boleh memberikan jaminan kepada tertuduh, tertakluk kepada rujukan yang dibuat kepada kes Dato’ Mat Shah lwn Pendakwa Raya [1991] 2 MLJ 125, di mana Mahkamah Agung berpandangan Mahkamah akan memihak kepada pemberian jaminan melainkan terdapat alasan kukuh bahawa jaminan harus ditolak dan Mahkamah Tinggi mempunyai budi bicara yang tidak terikat untuk memberikan jaminan apabila kesalahan itu boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.
Namun bawah peruntukan sama, kini kebanyakan Mahkamah menggunakan kuasa budibicaranya untuk membenarkan jaminan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►