Tuesday, May 23, 2023

[1431.23] KENYATAAN TERTUDUH DARIPADA KANDANG TERTUDUH


Keadaan ini adalah bergantung sama ada terdapat bukti lain atau tidak. Jika ada, sebagai praktis, pihak pembelaan hendaklah dibenarkan membuat penghujahan penutup. Namun, jika TIADA bukti lain, maka keadaan akan bergantung kepada sama ada kenyataan tanpa bersumpah merupakan bukti.
Menurut kes Ng Hoi Cheu & Anor v PP [1968] 1 MLJ 53, Mahkamah berpendirian bahawa kenyataan tertuduh daripada kandang tertuduh adalah bukti untuk diberi pertimbangan.
Namun, pandangan berbeza jika dirujuk kepada kes Wong Heng Fatt[1959] MLJ 20 Mahkamah berpendapat, tertuduh tidak mempunyai hak untuk membuat hujah selepas membuat kenyataan daripada kandang tertuduh. Pendirian ini turut dirujuk di dalam kes Sanassi v PP [1970] 2 MLJ 198 dan kes Low Thim Fatt [1989] 1 MLJ 304, di mana Mahkamah berpendapat bahawa walaupun tertuduh mempunyai hak untuk membuat kenyataan daripada kandang tertuduh, kenyataan sedemikian tidak menjadi bukti.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►